English

promosi

RM40 sahaja

“Smart Alert” adalah merupakan “alat keselamatan” yang di tempatkan/dipasang di telinga pemandu sperti alat bantuan mendengar (hearing Aid) atau “Bluetooth Headset”, berfungsi untuk membantu pemandu kenderaan mengelak kemalangan jalan raya dengan memberikan getaran (vibration) sekiranya pemandu berada dalam keadaan mengantuk dan hampir terlena/terlelap ketika memandu.

Maklumat dan kelebihan.

Produk inovatif “smart alert” ini dicipta bercirikan keselamatan dan boleh didapati dalam  model iaitu  "SV120-Vibration(getaran).Alat Pintar ini berfungsi berdasarkan prinsip “Eletronic Balanced” dimana ianya akan memberi tindak balas serta merta dengan menghasilkan amaran  getaran sekiranya belaku pengerakan kepada kepala pemakai. Ini seterusnya mebolehkan pemandu membuat keputusan bijak samada menukar pemandu atau berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan.Ianya direka khas dan disesuaikan agar selesa untuk dipakaikan di telinga.
 


 

Spesifikasi

  • Bentuk kemas dan ringan
  • Saiz : panjang 60mm x lebar 70mm ketebalan 15mm
  • Sangat mudah digunakan
  • Tiada masalah bagi pengguna berkacamata
  • Di uji selamat dan tiada kesan sampingan
  • Sudut getaran boleh diselenggara ( 15-20 darjah.)
  • Sumber kuasa : Bateri DC 3V
  • Warna :Hitam
  • Berat : 15 gram (bersih.)
  • Badan :ABS grade plastic + rubber
  • Pembungkusan :Blister Packing

Siapa Yang Patut Memiliki “Smart Alert”

  • Semua pemandu kenderaan (kereta, kederaan awam, dsd.)
  • Pengendali/ Operator mesin (Machinery Operator).
  • Pengawas Peralatan Elektrik Jana Kuasa, Sistem Telekomunikasi, Sistem pengendalian kargo Perkapalan,Sistem Keselamatan.
  • Para Pelajar (Memastikan posisi duduk dan berdiri dengan betul, Membantu supaya tidak tertidur semasa mengulangkaji.)
  • Pasukan Keselamatan (Pengawal keselamatan,Polis,Tentera, dsb.)
  • Operator “call center”
  • Barang cederahati(industri Automobil,Syarikat Insuran/Takaful,Stesyen Petrol,syarikat-syarikat Korporat yang ingin menyumbang dalam kempen keselamatan Jalan raya.)


ALAT pintar dipercayai mampu dimanfaatkan umum.

SETELAH sekian lama, pelbagai alternatif telah dijalankan dalam usaha membendung kadar kemalangan jalan raya, mungkin dengan kehadiran satu produk yang kian popular pengunaannya di Eropah mampu dimanfaatkan di negara ini.

Sehubungan itu, Smart Synergy Ventures (SSV) sebuah syarikat perunding pengurusan risiko dan juga merupakan pengeluar bagi produk keselamatan telah memikul tanggungjawab dalam mengusahakan pembuatan, pengeluaran dan seterusnya pengagihan alat yang berteknologi unik itu.

Smart Alert itu direka khas berbentuk seperti alat set kepala Bluetooth bagi disesuaikan untuk dipakai di telinga pemakai seperti alat pembantu dengar (hearing aid) yang bertindak sebagai alat amaran sekiranya berlaku sebarang pergerakan kepada kepala pemakai.

Sememangnya ia kecil, ringkas namun ternyata berguna kepada orang ramai. Ia berupaya membantu pengguna dalam memberi penumpuan secara total dan mengelak dari terlelap ketika memandu selain menjadi salah satu alat keselamatan dalam pencegahan kemalangan

Produk inovatif berteknologi Jerman itu dicipta bercirikan keselamatan dan didatangi dengan dua model NZ125- sound (bunyi) dan NZ120- vibration (getaran).

Alat pintar ini berfungsi berdasarkan prinsip Electronic Balanced (imbangan elektrik) di mana ia akan memberikan tindak balas serta-merta dengan menghasilkan amaran getaran sekiranya berlaku pergerakan kepada kepala pemakai.

Menurut Pengarah Urusan SSV, Aznain Abdullah, ini merupakan produk yang mampu dimanfaatkan oleh masyarakat selain merupakan inisiatif dalam menyahut saranan kerajaan dalam pelan tindakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sempena tahun baru 2008.

‘‘Usaha ini berteraskan keputusan kajian yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di mana kebanyakan kemalangan yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri dan salah satu faktornya adalah dengan memandu dalam keadaan mengantuk.

‘‘Kami berharap agar produk ini dapat digunakan oleh orang ramai sama seperti tali pinggang keledar yang berfungsi sebagai ciri-ciri keselamatan ketika memandu,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Selain itu, SSV turut mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam memperkenalkan produk kepada para pengguna.

Dalam pada itu, alat ini telah disahkan dan terjamin tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada pemakai.

Lebih menarik, produk ini bukan sahaja boleh dipakai oleh pemandu malah pengendali jentera berat, pelajar, pengawal keselamatan dan sesuai digunakan untuk apa jua aktiviti yang mampu membuatkan individu berasa mengantuk.

Produk yang masih belum dilancarkan itu dijangka berada di pasaran pada awal bulan depan serta dipercayai berupaya menyelamatkan jutaan nyawa sekali gus mengurangkan kadar statistik kemalangan jalan raya di negara ini.

Harga yang ditawarkan dikatakan amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Keratan Akhbar

Smart Alert ‘selamatkan’ pemandu mengantuk

Oleh: MOHAMMAD YASIR JAAFAR


 
ALAT pintar dipercayai mampu dimanfaatkan umum.

 

SETELAH sekian lama, pelbagai alternatif telah dijalankan dalam usaha membendung kadar kemalangan jalan raya, mungkin dengan kehadiran satu produk yang kian popular pengunaannya di Eropah mampu dimanfaatkan di negara ini.

Sehubungan itu, Smart Synergy Ventures (SSV) sebuah syarikat perunding pengurusan risiko dan juga merupakan pengeluar bagi produk keselamatan telah memikul tanggungjawab dalam mengusahakan pembuatan, pengeluaran dan seterusnya pengagihan alat yang berteknologi unik itu.

Smart Alert itu direka khas berbentuk seperti alat set kepala Bluetooth bagi disesuaikan untuk dipakai di telinga pemakai seperti alat pembantu dengar (hearing aid) yang bertindak sebagai alat amaran sekiranya berlaku sebarang pergerakan kepada kepala pemakai.

Sememangnya ia kecil, ringkas namun ternyata berguna kepada orang ramai. Ia berupaya membantu pengguna dalam memberi penumpuan secara total dan mengelak dari terlelap ketika memandu selain menjadi salah satu alat keselamatan dalam pencegahan kemalangan

Produk inovatif berteknologi Jerman itu dicipta bercirikan keselamatan dan didatangi dengan  model  NZ120- vibration (getaran).

Alat pintar ini berfungsi berdasarkan prinsip Electronic Balanced (imbangan elektrik) di mana ia akan memberikan tindak balas serta-merta dengan menghasilkan amaran  getaran sekiranya berlaku pergerakan kepada kepala pemakai.

Menurut Pengarah Urusan SSV, Aznain Abdullah, ini merupakan produk yang mampu dimanfaatkan oleh masyarakat selain merupakan inisiatif dalam menyahut saranan kerajaan dalam pelan tindakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sempena tahun baru 2008.

‘‘Usaha ini berteraskan keputusan kajian yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di mana kebanyakan kemalangan yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri dan salah satu faktornya adalah dengan memandu dalam keadaan mengantuk.

‘‘Kami berharap agar produk ini dapat digunakan oleh orang ramai sama seperti tali pinggang keledar yang berfungsi sebagai ciri-ciri keselamatan ketika memandu,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Selain itu, SSV turut mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam memperkenalkan produk kepada para pengguna.

Dalam pada itu, alat ini telah disahkan dan terjamin tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada pemakai.

Lebih menarik, produk ini bukan sahaja boleh dipakai oleh pemandu malah pengendali jentera berat, pelajar, pengawal keselamatan dan sesuai digunakan untuk apa jua aktiviti yang mampu membuatkan individu berasa mengantuk.

Produk yang masih belum dilancarkan itu dijangka berada di pasaran pada awal bulan depan serta dipercayai berupaya menyelamatkan jutaan nyawa sekali gus mengurangkan kadar statistik kemalangan jalan raya di negara ini.

Harga yang ditawarkan dikatakan amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

SAHUT CABARAN: Kepekaannya terhadap isu kemalangan jalan raya mencetus penubuhan Smart Synergy Ventures Sdn Bhd.

Smart Synergy Venturtes alat beri kejutan, penggera jika pemandu dikesan mengantuk

PEMBABITAN kira-kira 15 tahun dalam industri takaful membuka mata anak muda ini mengenai potensi perniagaan yang boleh diteroka daripada isu berkaitan pengurusan risiko dan keselamatan jalan raya.

Anak kepada pesara tentera berasal dari Taiping, Perak ini tidak pernah mewarisi bakat perniagaan dari keluarga, tetapi mula menaruh minat menceburi bidang itu ketika melanjutkan pengajian dalam bidang pemasaran di Universiti Malaya.

Bagi merealisasikan minatnya, beliau nekad melepaskan jawatannya sebagai pengurus di dalam salah sebuah syarikat pengendali takaful terkemuka walaupun lalu menubuhkan Smart Synergy Ventures bersama rakan kongsinya.

Beliau menerajui syarikat yang bergiat dalam industri takaful, rundingan pengurusan risiko, penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk keselamatan jalan raya, projek sivil, landskap dan pelbagai produk am itu dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

“Smart Synergy Ventures bukan hanya terbabit dalam industri takaful, tetapi bidang perniagaan yang dilaksanakan adalah lebih meluas kerana mempunyai unit R&D sebagai pelengkap kepada pelbagai isu berkaitan takaful, terutama pengurusan risiko.


BERGUNA: Aznain menunjukkan produk dipasarkan syarikatnya, yang dikenali sebagai Smart Alert.

“Sewaktu bekerja dalam industri insurans dan takaful, saya terlalu banyak didedahkan mengenai isu dan masalah berkaitan kemalangan, skop perlindungan dan pampasan bila berlaku sesuatu musibah kepada pemegang polisi,” katanya.

Kepekaannya terhadap isu semasa terutama perasaan ‘ngeri’ yang dirasainya setiap kali kes kemalangan jalan raya terpampang di dada akhbar mencetuskan ilham menubuhkan syarikat berkaitan pengurusan risiko, terutama membabitkan aspek keselamatan jalan raya.

Ia juga berputik daripada penyertaannya dalam satu seminar yang diterajui Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi, tidak lama dulu.

“Dalam seminar itu, Miros ada menekankan punca utama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini adalah kecuaian pemandu itu sendiri, dan peratusan tertinggi yang menyumbang kecuaian itu adalah kerana mengantuk,” katanya.

Aznain berkata, bertitik tolak daripada penyertaannya daripada seminar itu, beliau cuba mencari penyelesaian bagi mengurangkan perangkaan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kecuaian manusia.

Katanya, beliau menyedari sebenarnya ada beberapa peralatan keselamatan jalan raya di pasaran, tetapi penggunaannya adalah begitu minimum di negara ini kerana tidak ada ketegasan atau keperluan untuk memilikinya.

“Usaha yang dilaksanakan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk mengurangkan perangkaan kemalangan jalan raya tidak akan menjadi kenyataan tanpa penyertaan serius badan korporat, syarikat insurans dan takaful,” katanya.

Beliau menjelaskan, rentetan daripada kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk melaksanakan pelbagai R&D mengenai cara mengelakkan kemalangan jalan raya.

Akhirnya, beliau menyedari tidak ada satu pun agensi insurans dan takaful di negara ini yang menyediakan barangan premium berbentuk produk atau gajet keselamatan jalan raya kepada pemegang polisi walaupun ada dana khas yang disediakan Bank Negara Malaysia bagi tujuan itu.

Malangnya, Aznain berkata, tidak ada satu pun agensi mengambil inisiatif untuk menyediakan barangan premium yang berbentuk alat keselamatan jalan raya, justeru Smart Synergy ventures mengambil inisiatif memikul tanggungjawab itu dengan memperkenal dan memasar produk keselamatan inovatif.

“Unit R&D Smart Synergy Ventures mengambil keputusan untuk memperkenalkan ‘Smart Alert’, iaitu alat pintar yang berfungsi melalui prinsip tindak balas serta merta dengan menghasilkan getaran atau bunyi jika berlaku pergerakan kepala pemakainya,” katanya.

Aznain menjelaskan, produk berkenaan sebenarnya bukan baru, tetapi penggunaannya adalah terhad, justeru Smart Synergy Ventures mengambil keputusan mengkomersilkan alat itu.

“Kami mempatenkan alat menggunakan jenama ‘Smart Alert’ dan ia bukan saja menepati piawaian global tetapi mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengangkutan sebagai alat yang mampu mencegah berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, alat itu bukan saja disasarkan kepada pemandu kenderaan persendirian dan awam, tetapi sesuai digunakan pengendali mesin, jentera elektrik, pelajar, pasukan keselamatan dan operator pusat panggilan yang memerlukan tumpuan tinggi terhadap tugasan.

“Insya-Allah, bermula tahun depan, selain daripada perniagaan takaful, kami akan mula bergerak secara agresif memasarkan produk ini dengan kerjasama badan korporat, syarikat insurans dan takaful di seluruh negara,” katanya sambil berkata Smart Synergy Ventures mendapat sokongan penuh Kementerian Pengangkutan bagi memasarkan ‘Smart Alert’.

Aznain menjelaskan, syarikatnya sudah menghantar kertas cadangan kepada Persatuan Industri Takaful Malaysia untuk memperkenalkan alat itu sebagai barangan premium utama kepada semua agensi takaful di negara ini.

“Kami juga yakin mendapat kerjasama badan korporat yang menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, syarikat insurans, JKJR, Miros dan Kementerian Pengangkutan sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, ‘Smart Alert’ hanyalah perintis kepada usaha anak muda ini untuk mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku, kerana katanya, Smart Synergy Ventures terus komited dalam melaksanakan R&D bagi memperkenal lebih banyak produk berkaitan isu ini pada masa depan.

“Malah, kami sudah merancang memperkenal dan memasarkan beberapa alat yang berguna bagi mengatasi pelbagai isu dan masalah berkaitan pengurusan risiko,” katanya memberi jaminan.



SSV sasar jual 200,000 unit Smart Alert

SMART Synergy Ventures Sdn Bhd (SSV) merancang bekerjasama dengan badan korporat, pengendali takaful dan insurans bagi memasarkan produk pencegahan kemalangan jalan raya, ‘Smart Alert’ awal tahun depan.

Pengarah Urusannya, Aznain Abdullah, berkata beberapa badan korporat, pengendali takaful dan insurans sudah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi melaksanakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya tahun depan.

“Sepanjang kempen itu, mereka sudah menyatakan minat bagi menjadikan ‘Smart Alert’ cenderamata yang akan diagihkan kepada pemandu kenderaan awam dan persendirian sepanjang kempen dilaksanakan,” katanya.

Smart Synergy Ventures yang beroperasi di Pandan Indah terbabit dalam industri takaful, rundingan pengurusan risiko serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk keselamatan jalan raya.

“Tidak dapat dinafikan, punca utama kemalangan jalan raya adalah kecuaian manusia, terutama mengantuk ketika memandu, justeru SSV yang terbabit dalam industri takaful mengambil inisiatif bagi mengurangkan kadar kemalangan yang meningkat saban tahun,” katanya.

Aznain berkata, kempen galakan penggunaan ‘Smart Alert’ secara meluas bermula tahun depan dijangka dapat membantu Kementerian Pengangkutan dan JKJR mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 yang dibentangkan tahun lalu.

“Kami mensasarkan 50,000 unit alat itu dipasarkan pada fasa pertama Januari ini dan jika semua berjalan lancar, lebih 200,000 unit alat berkenaan akan digunakan pemandu kenderaan persendirian dan awam di Malaysia tahun depan,” katanya.

Mei tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan pelan keselamatan jalan raya selama lima tahun itu dengan sasaran mengurangkan bilangan kematian pada kadar 58 peratus menjelang 2010.



Ketika ini, perangkaan menunjukkan 4.2 kematian disebabkan kemalangan jalan raya berlaku di negara ini bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan menerusi pelan berkenaan kerajaan mensasar mengurangkannya kepada 2 kematian menjelang 2010.

Aznain menjelaskan, salah satu daripada sembilan strategi yang dibentangkan dalam pelan itu adalah penggunaan alat atau teknologi yang dapat membantu mencegah kemalangan jalan raya.

“SSV mengambil inisiatif memperkenalkan ‘Smart Alert’, iaitu alat keselamatan yang dapat memberi tindak balas serta merta jika pemandu mengantuk,” katanya.

Beliau menegaskan, SSV akan terus melaksanakan pelbagai R&D pada masa depan bagi memperkenalkan lebih banyak produk berkaitan pengurusan risiko, yang dapat menghasilkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

KEBANYAKAN kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kesilapan pengguna jalan raya sendiri. Itu telah dibuktikan oleh kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Menurut laporan yang dikeluarkan, 94 peratus faktor kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian manusia.

Antara bentuk kecuaian yang lazim terjadi ketika memandu kenderaan ialah hilang tumpuan akibat rasa mengantuk.

Sememangnya rasa mengantuk ketika memandu suatu yang sukar untuk dielakkan apatah lagi jika keletihan yang teramat. Tetapi, ia tidak boleh dibiarkan kerana bisa mengundang padah kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, satu mekanisme pencegahan atau pengawalan perlu difikirkan segera.

Syarikat Smart Synergy Ventures (SSV) baru-baru ini tampil untuk memperkenalkan dan memasarkan produk keselamatan berupa sejenis alat yang dapat memberi amaran sekiranya pemandu mula mengantuk dan terlelap ketika memandu.

“Kami mahu bersama-sama kerajaan memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan raya di negara ini yang semakin membimbangkan,” kata pengarah urusannya, Aznain Abdullah di pejabat KOSMO! Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk yang dikenali sebagai Smart Alert itu mungkin tidak boleh menghilangkan rasa mengantuk, tapi cukup untuk memberi amaran atau ‘memberi mesej’ kepada pemandu yang sesuatu perlu dilakukan sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

“Setelah mendapat amaran itu, pemandu bolehlah mengambil keputusan lebih bijak sama ada berhenti rehat atau menukar pemandu misalnya,” tambah Aznain.

Bagaimanakah peralatan tersebut memberikan amaran?

Alat pintar yang dipakaikan di telinga itu sebenarnya diilhamkan daripada penggunaan set kepala Bluetooth. Ia berfungsi berdasarkan prinsip electronic balanced di mana ia akan memberikan tindak balas serta merta dengan menghasilkan amaran apabila kepala hilang keseimbangan.  yang mengeluarkan getaran.

“Alat tersebut mula memberikan amaran apabila kepala pemandu tersengguk kerana mengantuk. Si pemandu akan dikejutkan dengan  getaran oleh alat berkenaan. Alat ini tidak memberikan kesan sampingan,” ujar Aznain.

Tambahnya, getaran  itu juga tidak akan mengejutkan pemandu secara berlebihan sehingga memungkin pemandu terus hilang tumpuan dalam pemanduan.

“Getaran yang dihasilkan cuma getaran ringan, seperti getaran biasa pada telefon bimbit kita. Ia sekadar menyedarkan kita daripada terlelap. Ia tidak berbahaya kepada pemandu,” ujarnya yang datang bersama pengurus besarnya, Muhd. Taufik Ghazali. Kedua-duanya juga merupakan perunding pengurusan takaful dan risiko.

Tidakkah ia mengganggu pemanduan kerana pengguna terpaksa menegakkan kepala sentiasa? Muhd. Taufik berkata, peralatan ini tidak menegah manusia daripada menoleh kiri dan kanan.

Katanya, alat ini hanya mengeluarkan bunyi atau getaran amaran jika kepala tertunduk atau dalam situasi kurang stabil.

“Tidak ada masalah dalam menggunakannya. Lagi pun, ia bukan baru. Teknologi dari Jerman ini telah digunakan secara meluas, cuma kita di negara ini yang kurang didedahkan,” katanya sambil menjelaskan produk ini mendapat pengiktirafan antarabangsa CE.

Kedua-duanya berharap penggunaan alat ini dapat diperluaskan kepada pemandu-pemandu di negara ini. Mereka memberitahu, cadangan mereka agar alat pintar ini dipromosikan telah mendapat sokongan kementerian pengangkutan.

“Harganya pun bukan mahal seperti yang ramai jangkakan.

“Ia juga boleh dijadikan cenderahati yang ideal untuk kempen-kempen keselamatan jalan raya. Syarikat-syarikat korporat boleh menghadiahkannya kepada orang ramai, berbanding memberikan payung, baju atau topi,” ujarnya.

Muhd. Taufik berkata, kerajaan sememangnya serius dan komited untuk meningkatkan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya. Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang dipertanggungjawabkan sebagai one stop agency untuk menangani is-isu kemalangan jalan raya sejak bulan November 2004.

Pada bulan Disember tahun lalu pula, Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah beroperasi di semua negeri bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan program-program keselamatan jalan raya.

“Usaha pihak kerajaan ini memerlukan penglibatan dan penyertaan kita semua. Pakar dalam bidang sains dan teknologi, pakar pendidikan, pengguna jalan raya dan syarikat-syarikat korporat harus tampil dengan idea-idea yang mungkin boleh menurunkan peratusan kemalangan jalan raya di negara ini.

“Siapa sangka, daripada set kepala Bluetooth ini kita boleh mengadapatasikannya kepada satu mekanisme mengelak kemalangan jalan raya. Kita perlu bertindak dan berfikir secara inovatif,” katanya.

Bukan sahaja menjadi harapannya untuk melihat semua pemandu jalan raya memiliki alat pintar itu demi kebaikan diri, Muhd. Taufik dan Aznain turut memberikan idea pada dimensi berbeza.

Melihatkan kepada caranya berfungsi, tidak salah jika produk ini diperluaskan, bukan sahaja kepada pemandu kenderaan, bahkan juga kepada pengendali mesin, pengawas peralatan elektrik, pasukan sekuriti, operator pusat panggilan dan para pelajar.

“Jadi, para pelajar misalnya, dapat memastikan diri mereka tidak terlelap ketika mengulangkaji pelajaran,” ujarnya.

SILA BANK IN KE :

 

ZULKARNAEN ABDULLAH
BANK ISLAM :
0602 8020 157723

......................................................................................................


ZULKARNAEN ABDULLAH
MAYBANK : 1060 5302 4638

........................................................................................................

ZULKARNAEN ABDULLAH
CIMB : 0605 0001 476207

..................................................................................................

        

EN . ZUL (CEO )

BA (hons) Sejarah/Sains Politik USM

017-9316192

NOTA :

LAPORAN PEMBAYARAN

UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES

Selepas pembayaran di buat, sila SMS :


Produk<>RMxxx<>Tarikh<>Masa<>Nama Bank

<>Nama Penuh<>Alamat POS

Hantar ke:
017-9316192

emel: patutbeli@gmail.com

pos percuma

(sila simpan slip urusniaga tuan untuk rujukan)

MASA PENGHANTARAN :

SEMENANJUNG 1-2 HARI BEKERJA

SABAH/SARAWAK 3-4 HARI BEKERJA

SINGAPORE/BRUNEI 5-7 HARI BEKERJA

EJEN-EJEN DIPERLUKAN SELURUH NEGARA

(c)2008 | website by AinRies Enterprise